KURSUS ASAS PENULISAN MEDIA LATIH PAKAR-PAKAR UPM MENULIS DI MEDIA MASSA | PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
» BERITA » KURSUS ASAS PENULISAN MEDIA LATIH PAKAR-PAKAR UPM MENULIS DI MEDIA MASSA

KURSUS ASAS PENULISAN MEDIA LATIH PAKAR-PAKAR UPM MENULIS DI MEDIA MASSA

 
SERDANG, 31 Mac: Seramai 70 orang staf Universiti Putra Malaysia(UPM) menyertai Kursus Asas Penulisan Media yang dianjurkan oleh Pusat Strategi Perhubungan Korporat (PSPK) dari 9 pagi sehingga jam 5 petang hari ini.
 
Kursus yang dianjurkan ini ialah sebagai platform bagi membimbing serta melatih pakar-pakar UPM untuk menulis di media massa agar mereka lebih mahir dari segi gaya penulisan umum, teknik penulisan akhbar dan online.
 
Seorang peserta yang ingin dikenali sebagai Amira berkata kursus ini menjadi platform komunikasi antara pensyarah dan pegawai UPM bersama pengamal media agar lebih memahami trend semasa media massa.
 
"Secara langsung ia mempromosikan pakar-pakar UPM serta meningkatkan visibiliti dan reputasi UPM di media massa," katanya.
 
 
Pada slot pertama kursus ini memberi fokus kepada teknik dan asas penulisan berita atau artikel oleh Encik Johardy Ibrahim, Managing Editor Dagang news.
 
Turut hadir pada Bengkel Sekilas Menulis Artikel ke Media Massa ialah Timbalan Pengarah PSPK, Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain.
 
 
Sementara itu, slot kedua pula menampilkan Pensyarah Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman sebagai penceramah.
 
 
Dalam pada itu beliau turut berkongsi kepada peserta kelebihan menulis di akhbar dan perkara yang perlu diambil kira dalam penulisan.

Tarikh Input: 01/04/2022 | Kemaskini: 01/04/2022 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
WXFZWAh~