COSCOMM SAMPAIKAN TAKLIMAT PENCAPAIAN DAN PELAN STRATEGI VISIBILITI UPM 2018 KEPADA PENERAJU PTJ | PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
» BERITA » COSCOMM SAMPAIKAN TAKLIMAT PENCAPAIAN DAN PELAN STRATEGI VISIBILITI UPM 2018 KEPADA PENERAJU PTJ

COSCOMM SAMPAIKAN TAKLIMAT PENCAPAIAN DAN PELAN STRATEGI VISIBILITI UPM 2018 KEPADA PENERAJU PTJ

Oleh Khairul Anuar Md Noh

SERDANG, 11 Mac - Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm)  menganjurkan sesi taklimat Pencapaian Visibiliti UPM 2018 dan Pelan Strategi Visibiliti 2019 melalui Media Massa dan Media Sosial kepada peneraju Pusat Tanggung Jawab Universiti Putra Malaysia (UPM) di Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra.

Taklimat tersebut disampaikan oleh Pengarah CoSComm, Prof. Dr. Azmawani Abd. Rahman kepada 50 wakil PTJ yang hadir.

“Media mempunyai peranan penting dalam meningkatkan publisiti universiti dan memperkuat daya tarikan korporat dalam membentuk perhubungan antara institusi.

“Melalui laporan berita yang positif, imej UPM memberikan keuntungan kepada kumpulan berkepentingan dan sekali gus memberikan impak yang baik kepada reputasi UPM,” kata Prof. Azmawani.

Beliau berkata pada tahun 2018 menyaksikan jumlah berita UPM yang diterbitkan oleh media ialah sebanyak 7,892. Daripada jumlah itu, berita media cetak berjumlah 4,430, media elektronik sebanyak 350 dan media on-line pula 3,112.

Katanya  daripada jumlah liputan media pada tahun lalu,  jumlah nilai pengiklanan ruang media yang berjaya dijimatkan oleh UPM bernilai RM67.1 juta hasil  aktiviti perhubungan awam UPM.

“Jumlah penulisan kepakaran akademia ialah sebanyak 108 artikel berbanding 27 pada tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, kluster agama sebanyak 59 artikel, diikuti oleh kluster sosial 13, politik 10, ekonomi 8, kesihatan 5, pertanian 4, keusahawanan 3, sains 2 dan lain-lain artikel sebanyak 3, “ katanya.

Dalam taklimat tersebut, beliau berkongsi aspek kelemahan dan pelbagai strategi meningkatkan perkongsian dan ‘like’ dalam media sosial  UPM serta strategi meningkatkan visibiliti media arus pada tahun 2019.

Tarikh Input: 26/06/2019 | Kemaskini: 26/06/2019 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
SXEYNAL~