Bengkel Penulisan Artikel Kepakaran Perkukuh Keupayaan Warga UPM Menulis Untuk Media | PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
» BERITA » Bengkel Penulisan Artikel Kepakaran Perkukuh Keupayaan Warga UPM Menulis untuk Media

Bengkel Penulisan Artikel Kepakaran Perkukuh Keupayaan Warga UPM Menulis untuk Media

 

Serdang, 14 Oktober — Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Bengkel Penulisan Artikel Kepakaran di Media Tahun 2025 bertempat di Dewan Putra, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM.

 

Bengkel kali kedua ini diadakan bertujuan memberikan pendedahan dan kemahiran kepada warga UPM dalam menulis artikel kepakaran yang sesuai untuk penerbitan di media arus perdana dan digital.

 

 

Program berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan disertai oleh pegawai akademik serta pegawai pengurusan dan profesional (P&P) yang berminat memperkukuh keupayaan komunikasi berasaskan kepakaran masing-masing.

 

 

Sesi bimbingan penulisan dikendalikan oleh En. Nazmi Yaakub, Pengarang Berita dari Berita Harian, yang berkongsi teknik menghasilkan artikel kepakaran yang padat, berfakta dan mudah difahami oleh masyarakat umum.

 

 

Selain itu, bengkel turut menampilkan sesi “Inspirasi Penulisan Kepakaran” yang disampaikan oleh Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, yang menekankan kepentingan penulisan ilmiah popular sebagai medium memperkukuh reputasi universiti melalui perkongsian ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat.

 

Melalui inisiatif ini, PSPK berhasrat membantu ahli akademik UPM memperluas jangkauan kepakaran mereka melalui media massa, selain memperkukuh keupayaan berinteraksi dengan wartawan secara profesional dan berkesan.

Tarikh Input: 27/10/2025 | Kemaskini: 27/10/2025 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT STRATEGI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 6021/6009
-
X, (01:51:15am-01:56:15am, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]